Kursus Induksi Hari Pertama Di Eastwood Valley Club, Kisah Waran Yang Terbang Duit




Alhamdulillah. Hari ni hari pertama kursus. Datang dengan motorsikal je sekali dengan Din.

Sampai je tengah hari tadi terus daftar masuk. Cari punya cari tempat, pusing habis kawasan baru dapat jumpa.

Dapat anak kunci bilik dari kawan, saya terus gerak ke dewan. Pukul 430 pm tadi ada slot penerangan awal. Penerangan tentang umum induksi dan bahagian yang terlibat oleh En kayat.

Sebelah malam, sesi pasal akauntabiliti dan kerja yang baik dalam tugas. Alhamdulillah dapat sedikit sebanyak info dari penceramah.

Sekarang tengah update blog, goyang kaki nak tidur dah. Esok nak bangun awal lagi. Ceramah sampai ke malam.



Gambar di atas tu citer pasal nak dapat waran penerbangan untuk raya haji nanti. Saya akan citer semula. Banyak duit yang terbang dek kerana kelewatan. Salah saya juga.

Comments