Gambar Hiasan
Assalamualaikum sahabat.
Apa khabar? Macam mana dah keadaan sekarang?
Kat Kelantan sekarang musim bola. Hari-hari orang bercakap pasal bola.
Cerita ini tidak ada kena dengan yang hidup atau pun yang telah mati. Sekadar rekaan semata-mata.
Al kisah nak minta cuti. Semacam nak bergaduh. Dah la kita ni tak pernah pun nak minta cuti. Sudah pelbagai sebab musabab yang dinyatakan padahal benda ini bukanya tipu dan main-main.
Pelbagai alasan diberi untuk tidak memberi cuti. Cuba lah faham dan biar ada sifat kemanusiaan. Kita kerja bukanya dengan robot. berkata-kata soal undang dan disiplin kerja memang senang, mana keadilan?
Mohon berfikir secara waras dan kita masih ada keluarga. Tolong juga jangan doakan perkara yang bukan-bukan. Ingat keluarga kita tidak sama.
Saya titipkan sepotong ayat Al Quran:
Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kepada para hamba-Nya agar sentiasa bersabar dan memohon pertolongan (dengan berdoa harap) hanya kepada-Nya. Ini sebagaimana firman-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan melaksanakan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, 2: 153)
Comments
Post a Comment