Majlis Solat Hajat Dan Bacaan Yasin Sempena Peperiksaan Awam. Profesional Herman!




Gambar sahabat Pok Din dengan Bob semasa kursus induksi minggu ni.



Para pelajar sedang khusuk mendengar ceramah motivasi daripada penceramah cikgu dari sekolah lain.



Penceramah bersemangat semasa sesi motivasi kepada pelajar. Penceramah berasal dari kelantan.

Alhamdulillah, syukur dipanjat kepada allah. Majlis solat hajat dan bacaan yasin untuk pelajar kelas peperiksaan berjalan dengan lancar.

Setinggi ucapan terima kasih juga buat para sahabat guru dan ibu bapa yang banyak menolong. Semoga allah menerima segala amal perbuatan kita ni. Minggu depan pelajar pmr dah mula exam. Cikgu-cikgu yang terlibat sudah banyak memberi tips dan taknik untuk pecutan akhir.

Walau saya banyak dugaan disaat akhir ni, dihambur dengam kata-kata yang tidak sesuai bagi seorang guru. Hati ini tetap tabah dan menjalankan kerja secara profesional. Perkara peribadi kita telan. Salah tetap salah dan permohonan maaf diucapkan tetapi terpulang la.

Blog ini adalah blog peribadi saya dan apa yang saya tuliskan adalah perkara peribadi dan tidak menggambarkan kerja yang dilakukan. Lagi pun kita sama-sama mencari nafkah untuk keluarga.

Saya ucapkan sekamat menduduki peperiksaan pmr buat pelajar yang dikasihi. Hanya allah berkuasa dan perancangan allah adalah sebaik-baik perancangan.

Comments