Jeff Sepah Pun Sokong Red Warriors. Gomo Kelate Gomo!

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/546903_434807223243249_487750006_n.jpg



"Kami tidak bermimpi di siang hari", kata pemain Kelantan Mohd Nor Farhan selepas tamat perlawanan timbang balik di Stadium Shah Alam.

Farhan berkata demikian bagi membalas kata-kata jurulatih Selangor Irfan Bakti selepas gergasi pantai timur itu berjaya mara ke final Piala Malaysia 2012 apabila menewaskan Selangor 2-0 (agregat 3-0).

Farhan yang menyumbat gol tunggal Kelantan pada perlawanan pertama di Kota Bharu tempoh hari nyata berpuas hati dengan prestasi dipamerkan rakan sepasukan lebih-lebih lagi menyaksikan dua gol diperolehi tanpa berbalas dalam aksi pada malam tadi.

Bagaimanapun Farhan terpaksa mengikut jejak Mohammad Ghaddar, terlepas beraksi di final selepas meraih kad kuning kedua di Shah Alam (pertama di Kota Bharu).

"Saya berpuas hati dengan persembahan Kelantan. Syukur kerana sekali lagi kita dapat beraksi di final.

"Walaupun tidak dapat beraksi dalam final, tidak menjadi masalah buat saya. Saya akan mendoakan Kelantan berjaya menjulang trofi Piala Malaysia.

Pada aksi yang berlangsung di Shah Alam, Kelantan terpaksa menunggu sehingga minit ke-85 untuk mencerahkan peluang mereka menerusi gerakan solo, Ghaddar disusuli sepakan percuma cantik yang disempurnakan Badri Radzi pada masa kecederaan.

Comments