Rahsia Al Quran Rungkai Masalah Rumah Tangga

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGw5GKjhxwhQWnumoRJLPjgwmv-BMMACkpGl_NF-DyIb2j2xDC3iVqq-bz3LWcPYM1pZztqp6UstPEp9-bU63-obUPTQspbMA2hJy_V8bRnqgnQ85cZhn4U2n0U-VsJcXEpsIPFDK4yhw/s400/suami+isteri3.jpg

PERKAHWINAN adalah saat paling manis dalam kehidupan, namun sejauh manakah persediaan kita menempuhi kehidupan berumah tangga yang penuh onak dan cabaran.

Dalil al-Quran menunjukkan Allah menetapkan seorang wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Dan, begitulah sebaliknya.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “ Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.” (Surah an-Nur: 26).

Minyak Kasturi Anugerah khusus untuk kebahagiaan rumah tangga ini didoakan dengan 30 juzuk al-Quran serta doa pilihan khusus bagi memelihara keharmornian rumah tangga dan mengeratkan hubungan suami isteri.

Sejak diperkenalkan di pasaran, ia banyak membantu pasangan suami isteri mengatasi masalah rumah tangga, malah mereka menjadikan kalimah suci al-Quran sebagai doa iringan dalam kehidupan.

Antara ayat pilihan dalam Minyak Kasturi Anugerah ialah ayat Ruqyah, Saiyidul istighfar (penghulu taubat), selawat Tafrijiyyah, ayat pelembut hati, solat hajat, ayat Ruqyah Jibril, Salam Sulaiman dan lain-lain lagi doa yang khusus untuk kebahagiaan rumah tangga.

Menurut Imam Muda, Ustaz Khairul Azhar Ghazali, terdapat ayat al-Quran yang boleh diamalkan bagi setiap pasangan suami isteri.

“Antaranya ialah surah Al-Imran, ayat 31 untuk memelihara dan memupuk kasih sayang, surah Al-Imran ayat ke-200 untuk mengurangkan panas baran suami dan surah Yusuf ayat 4 sebagai doa pengasih untuk sekeluarga.

“Surah Al-Imran dan doa pengasih baik diamalkan untuk pasangan suami isteri seperti Doa Pengasih Nabi Yusuf, ayat 4 dan Surah Thahaa, ayat 39.

“Doa Pengasih ini amat sesuai diamalkan kerana ia boleh membuatkan anda dikasihi dan disayangi,” katanya.

Surah Yusuf ayat 4: Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, “Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”

Kemudian sambung de ngan Surah Thaaha Ayat 39: Maksudnya: “Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah: “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara, yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

Sentiasalah berdoa kepada Allah kerana jiwa yang kosong menyebabkan syaitan mudah mengacau-bilaukan rumah tangga.

Cinta yang abadi adalah cinta tiga segi, antara suami, isteri dan Allah. Maksudnya, terapkan Islam sebagai Addin di dalam rumah tangga. Insya-Allah ia mampu menguatkan emosi pasangan suami isteri menempuh dugaan dan ujian.

Sebagai umat Islam, kita diminta membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran kerana ia diturunkan untuk dijadikan rujukan dalam kehidupan harian. Kita harus yakin bahawa segala doa dan hajat akan ditepati dengan izin Allah bagi memastikan doa kita dimakbulkan

Comments