Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar?
Sekarang katanya di Pantai Timur dah musim tengkujuh. Keluarga kat sana cakap hujan sokmo dah. Kalau tak pagi, sebelah petang dia turun.
Kalau tiba musim tengkujuh ni, satu je yang popular kat sana iaitu ubi kayu. Bermacam-macam jenis kuih yang dapat dibuat. Putu Halba la yang saya selalu beli.
Penuh gerai kat tepi jalan. Siap ada yang beratur lagi.
Aiya rasanya dah tak sabar nak balik ke kampung ni. 2 minggu je lagi kalau dikira pada hari. Tahun ni tak tahu la, keluarga saya buat ibadah korban atau tidak. Biasanya mak tak lepas peluang, setiap tahun gilir-gilir dengan abah.
Putu Halba dan kuih-kuih lain, tunggu......
Comments
Post a Comment